Pengguna ada hak buat laporan jika alat timbang meragukan

0
116

Alat timbang yang digunakan perlu ditentusahkan

CYBERJAYA – Pengguna mempunyai hak untuk membuat aduan sekiara jika ada peniaga atau pemilik premis yang menggunakan alat penimbang yang telah luput tarikh tentusah serta tidak membuat penentusahan.

Pengarah De Metrologi  Sdn. Bhd. (DMSB), Suhaila Abdul Kadir berkata, laporan dan aduan boleh disalurkan ke Talian Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di 1-800-886-800.

Pengarah De Metrologi  Sdn. Bhd. (DMSB), Suhaila Abdul Kadir

“Di bawah konteks Akta Timbang dan Sukat 1972, iaitu dibawah penguatkuasaan seksyen 14 (1) tertakluk kepada subseksyen (5), menyatakan bahawa setiap alat timbang dan sukat yang digunakan bagi tujuan perdagangan wajib ditentusahkan dan mempunyai tarikh luput selama 12 bulan. 

“Objektif utama KPDNHEP menguatkuasakan Akta Timbang dan Sukat 1972 ini adalah untuk memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan mematuhi dan mendapat kelulusan reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu katanya, DMSB komited dalam melaksanakan perkhidmatan yang berkesan untuk pembaik di seluruh Malaysia. 

“Sempena Hari Metrologi Sedunia pada 20 Mei lalu, DMSB mengambil langkah yang proaktif untuk terus memberi kesedaran komuniti serta perkhidmatan mengenai Metrologi amnya. 

Penentusahan pam minyak

“Penggunaan Alat Timbang dan Sukat adalah sinonim dengan kehidupan seharian kita sebagai contoh mesin timbangan untuk sukatan air, minyak, atau berkaitan masakan dan sebagai pengguna yang berhemat, pengguna perlu tahu hak yang utama dalam segala urusan perdagangan. 

“Sebagai contoh, penggunaan alat timbang Neraca Spring di pasar basah, premis perniagaan atau pasaraya adalah menjadi kebiasaan dalam aktiviti perdagangan mahupun perniagaan. 

“Sebagai pengguna yang bijak, pengguna boleh menyemak sama ada alat tersebut telah diverifikasi atau ditentusahkan atau pun tidak dengan melihat pelekat berwarna merah yang ditampal beserta tarikh tempoh sah laku di setiap alat timbang yang digunakan” ujar beliau. 

Untuk maklumat lanjut mengenai peranan dan perkhidmatan DMSB, orang ramai boleh berhubung terus ke Hotline DMSB di talian +6011 – 7077 3627, email ke [email protected] atau layari : www.demetrology.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here