Pengumuman SOP total lockdown pukul 5 petang ini

0
187
Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau total lockdown akan diumumkan melalui sidang media pada pukul 5 petang ini.

Perincian itu akan dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menjelaskan pelaksanaan SOP total lockdown yang akan berkuatkuasa pada 1 hingga 14 Jun ini.

Kerajaan pada Jumaat lalu mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.

Pejabat Perdana Menteri berkata, menerusi ‘total lockdown’ itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pelaksanaan total lockdown diputuskan kerajaan ekoran peningkatan kes harian Covid-19 yang semakin mencanak dan kesesakan di wad-wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di kebanyakan hospital dalam negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here