Pengunaan katil ICU Covid-19 di Lembah Kelang cecah 125 peratus

0
35
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

CYBERJAYA – Sehingga semalam, kadar penggunaan katil rawatan kritikal (ICU) pesakit Covid-19 di Lembah Kelang telah mencecah sehingga 125 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar keseluruhan penggunaan katil ICU pesakit Covid-19 di seluruh negara pula mencecah 74 peratus.

Dr. Noor Hisham berkata, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak, Negeri Sembilan mencatatkan penggunaan katil Covid-19 ICU melebihi 80 peratus.

“Hospital Covid-19 telah meningkatkan jumlah katil ICU yang diperuntukkan untuk pesakit Covid-19 dengan mengubah fungsi (repurpose) wad biasa.

“Bagaimanapun, ini juga mengurangkan peluang pesakit bukan Covid-19 untuk mendapatkan rawatan kritikal yang diperlukan,” katanya di laman Facebook hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, peningkatan kes secara mendadak kebelakangan ini telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here