Penindasan akan berakhir dengan rampasan tanah Al-Aqsa – Tun Mahathir

0
275
Mahathir Mohammad.

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelar pendirian Israel yang menggunakan alasan ‘mempertahankan diri’ untuk terus merampas hak penduduk Palestin.

Beliau berkata, helah yang digunakan oleh Israel itu bukan lagi sesuatu yang asing di mata dunia sejak pendudukan mereka di bumi Palestin.

Tambahnya, penindasan secara terancang itu akhirnya akan membawa kepada rampasan tanah yang menempatkan Masjid Al-Aqsa.

“Ini adalah tektik Israel. Mereka bukan mempertahankan diri mereka, tetapi menyerang pihak lain. Jika mereka benar mempertahankan diri, mereka harus berada di negara mereka sendiri, bukannya menekan rakyat Palestin.

“Apa yang berlaku sekarang adalah penduduk Palestin berperang untuk mempertahankan diri dan tanah air mereka.

“Jadi alasan Israel untuk mempertahankan diri yang disokong oleh dunia Barat langsung tidak dapat diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sesi Live bertajuk ‘Palestine: Malaysia With Love’ di laman Facebook beliau pada malam Ahad.

Dr. Mahathir berkata, keganasan yang dilakukan oleh Israel itu jelas menunjukkan pelan pengambil alihan tanah penduduk Palestin, kali ini di Sheikh Jarrah.

“Saya tidak boleh diterima dengan jawapan Israel yang mendakwa mereka ada hak mempertahan diri.

“Itu bukan mempertahankan diri, kerana sepanjang tempoh pergolakan ini, mereka menimbulkan konfrontasi dengan rakyat Palestin,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here