Penjara 10 tahun dan denda RM68,598 jika sokong Israel di Kuwait

0
483
Kuwaar Hiasan

KUWAIT – Kerajaan Kuwait mengumumkan hukuman penjara 10 tahun dan denda 5,000 Dinar (RM68,598) terhadap mereka yang menyokong Israel secara terang-terangan termasuk  di media sosial.

Menurut laporan MMNews.TV, pengumuman kerajaan Kuwait itu dikongsikan Penasihat Bank Pelaburan, Usahawan dan Pasaran Modal yang terkenal di peringkat antarabangsa, Mir Mohammad Alikhan.

“Kuwait mengumumkan undang-undang di mana sesiapa yang menyokong Israel secara nyata atau di media sosial dari  Kuwait akan dipenjara selama 10 tahun dan denda sebanyak 5,000 dinar.

“Amaran itu mungkin kedengaran keras tetapi Tuan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan (Pakistan), saya berpendapat anda juga perlu melakukan ini,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Kuwait, Sabah Al-Khalid telah menegaskan prinsip dan keteguhan negaranya dalam mendukung pilihan rakyat Palestin untuk mendapatkan hak mereka yang sah.

“Perjuangan Palestin masih mempunyai kedudukan penting dalam sejarah dan dunia Arab serta Islam,” kata Perdana Menteri Kuwait itu pada sesi ke-75 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui pautan video.

Al-Sabah menekankan pentingnya usaha berterusan untuk melancarkan semula rundingan untuk mencapai perdamaian yang adil dan menyeluruh sesuai dengan Inisiatif Damai Arab.

Beliau menyeru Israel menamatkan pendudukannya di Genting Gaza  dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here