Pesawat milik syarikat Israel hanya dibenarkan lintas ruang udara negara guna laluan komersil

0
262

CYBERJAYA – Pesawat dengan nombor pendaftaran milik syarikat Israel yang melintas ruang udara negara baru-baru ini, dibenarkan berbuat demikian mengikut peraturan ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan peraturan ICAO yang dianggotai Malaysia, “sesebuah negara boleh meluluskan mana-mana penerbangan yang melalui ruang udaranya selagi tidak mengancam keselamatan serta kedaulatan negara tersebut.”

Bagaimanapun, MOT menegaskan, pesawat milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) itu tidak dibenarkan mendarat atau berlegar-legar di ruang udara Malaysia.

“Tiada corak penerbangan yang tidak normal ketika pesawat tersebut melalui ruang udara Malaysia.

“Pihak berkuasa penerbangan Malaysia telah mengesahkan bahawa pesawat tersebut tidak kembali ke ruang udara Malaysia setelah tiba di destinasinya, iaitu Singapura,” kata kenyataan itu lagi.

Pesawat awam tersebut berlepas dari Republik Maldives dan menuju ke Paya Lebar, Singapura pada Rabu, 19 Mei 2021 pada pukul 2.55 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here