Pfizer cuba dapatkan kelulusan segera kerajaan India

0
28
ALBERT BOURLA

CYBERJAYA – Firma farmaseutikal Pfizer sedang berunding dengan kerajaan India untuk mempercepatkan kelulusan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran mereka di negara tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla, permohonan bagi mendapatkan kelulusan itu telah diusulkan beberapa bulan lalu, namun pihaknya masih belum menerima sebarang jawapan.

“Oleh itu, kami sedang berunding dengan kerajaan (India) supaya permohonan tersebut dapat dipercepatkan,” kata Bourla menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Linkedin miliknya, hari ini.

Bourla turut mengumumkan bantuan perubatan khas bernilai USD70 juta (RM287 juta) kepada India yang sedang bergelut menghadapi penularan Covid-19 di negara tersebut.

Bantuan berbentuk ubat-ubatan itu akan diedarkan kepada semua hospital kerajaan dengan bantuan organisasi bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Kata Bourla lagi, bekalan ubatan yang didermakan adalah mencukupi untuk digunakan selama 90 hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here