PKP 3.0: LHDN hadkan operasi bermula esok

0
109
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Bermula esok perkhidmatan di kaunter-kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dihadkan kepada pelanggan yang berisiko rendah sahaja berdasarkan kepada aplikasi MySejahtera.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, pelanggan yang menghadiri janji temu dengan agensi itu juga wajib mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti sentiasa memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan sosial.

“Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang diklasifikasikan sebagai menjalankan fungsi perkhidmatan penting LHDN komited dan berusaha untuk memastikan kesinambungan serta kelancaran perkhidmatan percukaian.

“Sehubungan itu, LHDN ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan-perkhidmatan LHDN akan terus ditawarkan dalam tempoh PKP 3.0.

“Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira usaha berterusan kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 tempoh operasi dan kaedah perkhidmatan akan dihadkan serta disusun mengikut kesesuaian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, LHDN menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDN yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Katanya, senarai tersebut boleh dicapai melalui pautan pantas
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf.

Pada masa sama, katanya, sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau HASiL Live Chat atau norang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here