PKP 3.0: Sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial

0
156
Suasana di sekitar Kuala Lumpur yang lengang ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)2.0. Gambar fail

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju untuk mengetatkan lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini, perkara itu diputuskan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan Covid-19 yang diadakan pada petang tadi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“SOP bagi PKP 3.0 telah diperketatkan termasuk larangan rentas negeri dan daerah serta sekatan bagi aktiviti sosial, sukan dan rekreasi serta persidangan dan mesyuarat secara bersemuka.

“Namun begitu, penularan dalam komuniti yang semakin meningkat dan kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi menyebabkan usaha untuk melandaikan
lengkung jangkitan mengambil masa yang lebih panjang.

“Mengambil kira perbincangan dan penelitian dalam sidang khas pada hari ini, mesyuarat sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Mengulas lanjut, katanya, pihanya juga akan melibatkan kerajaan negeri bagi mengambil kira situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan mereka terhadap usaha untuk mengekang penularan Covid-19.

Sehubungan itu, katanya, perincian mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan esok.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here