PKP dilaksanakan di enam daerah di Selangor berkuat kuasa 6 Mei

0
100
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor berkuat kuasa 6 hingga 17 Mei ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, PKP melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Bagaimanapun katanya, tiga daerah lagi masih kekal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

“Sidang khas MKN bersetuju melaksanakan PKP ke atas enam daripada sembilan daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

“PKP berkuat kuasa pada 6 hingga 17 Mei 2021. Tiga daerah yang terlibat iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih PKPB,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Ismail Sabri, keputusan itu mengambil kira peningkatan kes Covid-19 yang mendadak serta bagi memutuskan penularan jangkitan Covid-19.

“Dengan pengumuman PKP itu, maka pergerakan rentas daerah dan negeri bagi enam daerah berkenaan adalah tidak dibenarkan kecuali kes-kes kecemasan, kematian dan melibatkan urusan kerja.

“SOP PKP sama seperti SOP PKP di kawasan lain seperti di Kelantan dan lima daerah di Kedah,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here