PKP penuh seluruh negara akan diputuskan esok?

0
330
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

KOTA BHARU – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempengerusikan satu mesyuarat esok bagi membincangkan soal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu akan dibincang dan diputuskan dalam sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) Covid-19 di Putrajaya.

TAKIYUDDIN HASSAN

Takiyuddin berkata, PKP penuh antara langkah yang perlu difikirkan oleh MKN, dan ia akan dibincangkan esok sebelum sebarang keputusan diputuskan

“Mesyuarat pukul 3 petang itu juga akan dihadiri semua Menteri Besar dan Ketua Menteri,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri (JKKN) Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Menurut Takiyuddin, kerajaan melihat penularan Covid-19 sebagai perkara yang amat serius dan berdasarkan statistik semalam, jumlah kumulatif kes positif sudah hampir setengah juta apabila 485,496 kes telah direkodkan setakat ini.

Katanya, kerajaan sedar selain memerlukan langkah tegas merawat kes positif, langkah pencegahan adalah juga penting, kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

“Disebabkan itulah hari ini kita menekankan soal pematuhan SOP yang sudah diputuskan oleh kerajaan pusat. Kita ada langkah pencegahan sehingga diwujudkan Team SOP yang diketuai PDRM, ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan sebagainya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here