PKP seluruh negara 12 Mei hingga 7 Jun

0
110

CYBERJAYA – Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Pelaksanaan perintah itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu kenyataan, sebentar tadi.

Beliau berkata, perkara tersebut diputuskan pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang beliau pengerusikan.

“Berdasarkan trend kes-kes harian Covid-19 yang semakin meningkat, Kerajaan telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak di dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak,” kata Muhyiddin dalam kenyataan itu.

Beliau turut menyebut, rantaian jangkitan Covid-19 hanya akan dapat diputuskan dengan menggalakkan orang ramai duduk di rumah menerusi kawalan pergerakan yang lebih ketat.

“Sepanjang tempoh ini, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi.

“SOP terperinci bagi semua larangan dan arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here