PKP: Ziarah Aidilfitri, kubur dilarang – Perdana Menteri

0
187
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan melarang aktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau pula dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada
1,000 jemaah.

“Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.

“Operasi rumah ibadah bukan Islam juga akan
diperketatkan. SOP bagi rumah Iibadah bukan Islam ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berita lanjut akan menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here