PM pandang serius nahas LRT, arahkan siasatan segera dilakukan

0
83

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius insiden pertembungan dua buah tren transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jayagi a malam tadi.

Muhyiddin dalam ciapan di akaun Twitter miliknya berkata, beliau telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Prasarana Malaysia Berhad untuk melakukan siasatan penuh untuk mengenalpasti punca kemalangan ini.

“Saya difahamkan bahawa petugas-petugas keselamatan dan kecemasan sedang berada di tempat kejadian.

“Semoga kerja-kerja penyelamatan dipermudah dan penumpang terlibat selamat, manakala mereka yang cedera diberikan rawatan segera, kata beliau dalam ciapan itu.

kata Muhyiddin lagi, Keutamaan sekarang harus diberikan kepada mangsa-mangsa kemalangan.

“Saya telah mengarahkan semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mangsa mendapat rawatan yang menyeluruh memandangkan kita juga berada dalam gelombang pandemik Covid-19 yang meningkat naik,” tambah beliau.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, dua buah tren LRT dilaporkan bertembung di laluan antara KLCC dengan Kampung Baru.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seramai 166 individu ceera manakala 47 lagi mengalami cedera parah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here