PM umum PEMERKASA Plus

0
89

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej rangsangan PEMERKASA Plus berjumlah keseluruhan sebanyak RM40 billion.

Kata Muhyiddin, pakej rangsangan ini berlandaskan 3 matlamat utama iaitu mempertingkat kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat, dan menyokong perniagaan.

“Atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, Kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan wujud keseimbangan antara lives and livelihood iaitu keperluan untuk melindungi nyawa, dan menjamin kesejahteraan rakyat termasuk peluang saudara-saudari mencari nafkah untuk keluarga tersayang sepanjang tempoh PKP ini,” kata Muhyiddin dalam pengumuman beliau yang disiarkan di televisyen, malam tadi.

PEMERKASA Plus merupakan pakej rangsangan yang diumumkan bagi menangani isu ekonomi yang bakal timbul berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat untuk tempoh dua minggu bermula esok hingga 14 Jun.

Berita lanjut menyusul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here