Pogba dan Diallo tunjuk sokongan kepada Palestin

0
155
Pogba (kiri) bersama Diallo mengibar bendera Palestin sebagai sokongan kepada nrgara tersebut

MANCHESTER – Pemain Manchester United, Paul Pogba bersama rakan sepasukan Amad Diallo mengibarkan bendera Palestin di padang Old Trafford selepas seri 1-1 dengan Fulham pagi tadi.

Pemain tengah Manchester United itu diberikan bendera Palestin oleh penyokong ketika pemain berjalan mengelilingi padang selepas tamat perlawanan berkenaan.

Paul Pogba

Pogba dan Diallo yang merupakan pengganut Muslim, membawa bendera sebagai sokongan buat Palestin yang sedang diserang dengan teruk oleh rejim Zionis.

Setakat ini sahaja sekurang-kurangnya 213 rakyat Palestin termasuk 61 kanak-kanak di Gaza maut.

Selain itu, lebih 1,400 orang di Gaza cedera akibat serangan oleh rejim Zionis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here