Polis rejim Zionis serbu pekarangan Masjid al-Aqsa

0
308

JERUSALEM – Polis Israel dilaporkan melakukan serbuan ke atas pekarangan Masjid al-Aqsa, sebentar tadi.

Para saksi melaporkan, kejadian itu berlaku sejurus tamat umat Islam menunaikan solat Jumaat, lapor al-Jazeera.

Laporan itu menambah, terdapat jemaah yang mahu meraikan gencatan senjata di antara pejuang palestin di Gaza dengan rejim Zionis yang dimeterai awal pagi tadi, namun tidak dibenarkan.

“Mereka sedang bernyanyi dan bersorak, apabila sekumpulan polis yang berkawal masuk ke kawasan masjid.

“Pihak polis cuba menyuraikan mereka yang berkumpul itu menggunakan taktik anti rusuhan iaitu dengan menggunakan bom asap dan gas pemedih mata,” kata wartawan al-Jazeera, Imran Khan yang berada di lokasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here