[VIDEO] Polis sahkan berlaku pelanggaran antara tren LRT, 47 penumpang cedera parah

0
525
Sebahagian penumpang yang cedera dalam kejadian berkenaan

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan insiden kemalangan melibatkan penumpang perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) adalah disebabkan pelanggaran antara dua tren.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan mendapati tren yang dari laluan KLCC ke Kelana Jaya bertembung dengan tren dari Kelana Jaya ke Gombak.

Beliau berkata, kemalangan itu berlaku di antara Stesen Kampung Baru dan KLCC.

“Dalam tren yang menghala Gombak ke Kelana Jaya terdapat sebanyak 213 orang penumpang. Daripada jumlah itu sebanyak 166 orang cedera ringan dan 47 penumpang cedera parah.

Keadaan cemas dalam LRT berkenaan

“Mangsa yang cedera itu kesemuanya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan hospital berdekatan,” katanya dalam sidang akhbar sebentar tadi.

Mengulas lanjut, katanya, berdasarkan siasatan mendapati tren dari Kampung Baru menghala ke Gombak mengalami kerosakan dan pihak Rapid KL sedang menguji tren tersebut di laluan berkenaan.

Katanya, ketika itu tren berkenaan kosong tanpa penumpang dan hanya terdapat seorang pemandu dalam tren berkenaan.

Beliau berkata, piahknya percaya berlaku kegagalan komunikasi dari pusat kawalan LRT sehingga menyebabkan insiden itu berlaku.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here