Polis tahan suspek tikam rakan akibat dipijak kepala sedang tidur

0
103
Abdul Rahim Daud

KOTA BHARU – Polis menahan suspek kes pembunuhan seorang lelaki yang ditikam selepas dipercayai terpijak kepala suspek semasa sedang tidur di reban ayam di Kok Lanas.

Pengesahan itu dibuat oleh Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud yang memaklumkan penahanan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Man Siam’.

Penahanan suspek pada petang semalam dilakukan oleh
sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

“Kami berjaya tahan suspek pada jam 2.45 petang dan ketika itu dia sedang bersembunyi di dalam semak tidak jauh dari tempat kejadian. Permohonan reman akan dibuat nanti,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Katanya, polis masih mengesan senjata yang digunakan suspek yang dipercayai sebilah golok kecil.

Dalam kejadian Rabu lalu, seorang lelaki maut ditikam gara-gara terpijak kepala suspek yang sedang tidur di reban ayam di Kampung Che Arus Bukit Merbau, Kok Lanas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Golok – Gambar hiasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here