Polis tolak 583 permohonan rentas negeri melalui pengangkutan udara

0
68
Permohonan rentas negeri ini di buat di balai polis di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang

KUALA LUMPUR – Polis menolak sebanyak 583 permohonan rentas negeri melalui pengangkutan udara di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang bagi tempoh 30 April sehingga kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, permohonan itu ditolak berikutan justifikasi permohonan tidak munasabah dan dokumen perjalanan yang dikemukakan tidak sah atau tidak lengkap.

Mohamad Fakhrudin, berkata permohonan yang diberi kelulusan adalah hanya bagi tujuan menziarahi kematian ahli keluarga terdekat seperti pasangan sendiri, anak, ibu dan adik-beradik, kecemasan dan pasangan suami isteri jarak jauh.

“Permohonan rentas negeri ini di buat di balai polis lapangan terbang berkenaan dan kesemua permohonan ini mestilah mendapat kebenaran polis melalui permit rentas negeri sebelum membuat sebarang tempahan atau pembelian tiket penerbangan.

“Polis Petaling Jaya mengingatkan orang ramai bahawa bukti tiket penerbangan yang telah dibeli bukanlah alasan kukuh bagi mendapatkan kelulusan permit rentas negeri,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here