Prasarana umum pampasan RM1,000 untuk mangsa kemalangan LRT

0
196
Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengadakan lawatan ke lokasi kejadian hari ini.

KUALA LUMPUR- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan pampasan sebanyak RM1,000 bagi setiap seorang mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) dalam terowong berhampiran KLCC semalam.

Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pampasan berkenaan akan diterima oleh semua 213 mangsa dalam kadar segera dan mereka yang terlibat boleh membuat tuntutan itu dengan Prasarana.

“Kita amat bersimpati dengan perkara ini dan besedia untuk menerima tanggungjawab serta memohon maaf atas apa yang berlaku,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Tajuddin turut memaklumkan, pihaknya juga akan memberi jaminan akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) perkhidmatan LRT.

Dalam kejadian pada jam 8.45 malam semalam, sebanyak 213 penumpang cedera akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya yang berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru melibatkan satu tren yang membawa penumpang serta sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here