Program vaksinasi pekerja sektor peruncitan bermula Jun ini – KPDNHEP

0
83

CYBERJAYA – Program vaksinasi bagi sektor peruncitan akan dilaksanakan mulai Jun ini.

Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, program ini dijangka melibatkan lebih 500,000 pekerja.

Beliau menambah, program itu akan dilaksanakan oleh kementeriannya dengan kerjasama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).

“Memandangkan situasi pandemik Covid-19 yang semakin meningkat, pemberian vaksin kepada barisan hadapan ekonomi dilihat sangat mendesak untuk
disegerakan khususnya dalam kalangan pekerja sektor peruncitan bagi membantu mencapai imuniti kelompok di negara ini,” kata Alexander dalamm satu kenyataan, hari ini.

kata Alexander lagi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diberi tanggungjawab untuk merancang dan menyelaraskan program vaksinasi sektor peruncitan itu dengan semua pemain industri yang berkaitan.

Sehubungan itu, satu perjumpaan bersama CITF, persatuan dan pemain industri peruncitan diadakan hari ini, melibatkan kehadiran 60 wakil pemain industri peruncitan.

Mana-mana syarikat yang berminat menyertai program berkenaan boleh mengemukakan permohonan melalui https://www.vaksincovid.gov.my/ atau berhubung dengan KPDNHEP melalui Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui e-mel kepada [email protected]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here