Puting beliung landa China, 12 terkorban

0
194
Rakaman puting beliung yang dikongsi nitizen.

WUHAN -Sekurang-kurangnya 12 terkorban manakala lebih 400 cedera dalam kejadian puting beliung yang melanda bahagian tengah dan timur China, hari ini.

Antara yang terjejas teruk adalah Wuhan City di Wilayah Hubei yang menyaksikan 8 orang terbunuh dengan 218 cedera.

Pihak berkuasa tempatan berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 8.40 malam waktu tempatan itu menyebabkan 27 rumah runtuh dan lebih 130 lagi rosak.

“Angin puting beliung pertama dikesan di Bandar Shengze, mengorbankan 4 nyawa dan mencederakan 149 penduduk. Seorang penduduk juga dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

“Malapetaka yang melanda bandar Wuhan yang menjadi pusat penularan wabak Covid-19 tahun lalu pula dikesan kira-kira 90 minit selepas serangan di Shengzhe,” lapor media tempatan China.

Rakaman puting beliung yang dikongsi nitizen.

Angin kuat yang disertai dengan puting beliung bersaiz luar biasa itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus dan memusnahkan beberapa buah kilang, lapor pihak berkuasa China.

Angin dengan kelajuan 3 kilometer sesaat itu turut memusnahkan banyak tapak pembinaan dengan kren-kren pembinaan runtuh menyembah bumi.

Bomba melakukan operasi mencari dan mengesan mangsa di Wuhan City.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here