Rakyat Israel kecam kerajaan kerana adakan gencatan senjata

0
1511
Penduduk Gaza meraikan pengumuman gencatan senjata dengan rejim Zionis, awal pagi tadi. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

TEL AVIV – Puak Yahudi yang mendiami bandar-bandar Israel yang menerima bedilan roket pejuang Palestin tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan mengadakan gencatan senjata dengan pihak tersebut, kata media Israel.

Datuk Bandar Ashkelon, Tomer Glam berkata, mereka mahu Hamas dihapuskan, tetapi perkembangan terbaharu ini menunjukkan perkara itu tidak akan berlaku.

“Pada ketika ini, apa yang penting adalah bantuan kerajaan bagi membina kembali (infrastruktur).

“Saya akan pastikan itu akan berlaku,” kata Glam kepada rangkaian radio Kan.

Sementara itu, Datuk Bandar Sderot, Alon Davidi (gambar) pula berkata, beliau tidak memahami rasional kerajaan mengadakan gencatan senjata tersebut.

“Saya tidak faham kenapa.

“Perdana Menteri dan kerajaan tahu kami menyokong keputusan mereka (untuk menyerang Gaza), tetapi keputusan ini (gencatan senjata) bukanlah sesuatu yang kami harapkan,” kata Davidi kepada penyiar Radio 103FM.

“Israel hanya menggunakan serangan udara dan (bedilan) artileri, bukannya kaedah (lain) yang menentukan kemenangan mutlak,” tambah Davidi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here