Rakyat Malaysia di Gaza terselamat, serangan rejim Zionis hampir kena Wisma Putra

0
1309
Bangunan Wisma Putra di Gaza hampir menjadi sasaran rejim Zionis

GAZA – Rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Palestin hampir menjadi mangsa rejim Zionis selepas serangan udara yang dilancarkan sebentar tadi hanya tersasar beberapa meter dari Wisma Putra dan kediaman mereka.

Menurut perkongsian rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Nadir al-Nuri, bagaimanapun semua rakyat Malaysia selamat daripada serangan itu.

“Pengeboman bangunan beberapa meter dari rumah kami dan Wisma Malaysia beberapa minit lepas.

“Alhamdulillah kami semua selamat setakat ini,” katanya hari ini.

Sementara itu, dalam hantaran berlainan, Nadir yang juga Pengasas Cinta Gaza Malaysia berkata, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan sebanyak 83 rakyat Palestin maut dan 487 orang cedera dalam serangan yang dilancarkan oleh rejim Zionis.

Katanya, daripada jumlah yang maut itu, 17 daripadanya adalah kanak-kanak manakala tujuh mangsa lain ialah wanita.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here