Rejim Zionis gugurkan 122 bom ke atas 40 sasaran malam tadi

0
310

TEL AVIV – Tentera rejim Zionis mendakwa serangan terbaharu ke atas Gaza malam tadi berjaya memusnahkan terowong bawah tanah sepanjang 12 kilometer (KM).

Kata jurucakap tentera, Hidai Zilberman, serangan yang berlaku pada kira-kira pukul 10 malam (waktu tempatan) itu menggunakan 52 jet pejuang.

“Sebanyak 122 bom digugurkan ke atas 40 sasaran.

“Sasaran adalah terdiri daripada tempat penyimpanan senjata dan sebuah pusat kawalan operasi,” kata Zilberman.

Beliau menambah, pihaknya turut menjangkakan kira-kira 10 anggota pejuang Palestin yang terdiri daripada anggota Hamas dan Jihad Palestin terbunuh dalam serangan itu.

Serangan malam tadi tertumpu pada bandar Khan Younis dan Rafah di mana kebanyakan roket pejuang Palestin dilancarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here