Rejim Zionis lakukan ‘keganasan terancang dan jenayah perang’ di Gaza

0
181
MAHMOUD ABBAS

JERUSALEM – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, rejim Zionis Israel sedang melakukan ‘keganasan terancang dan jenayah perang’ di Gaza yang boleh dihukum menurut undang-undang antarabangsa.

Beliau berkata demikian dalam satu ucapan yang disiarkan di rangkaian televisyen kebangsaan, hari ini.

“Palestin tidak akan berhenti (berusaha) membawa pelaku (jenayah) ini ke muka pengadilan mahkamah dunia,” kata Mahmoud Abbas.

Beliau turut menambah, pihak Israel secara terus menerus melakukan serangan kejam terhadap kediaman penduduk Palestin tanpa mengambil kira keselamatan awam.

Pada awal tahun ini, Mahkamah Keaadilan Antarabangsa (ICJ) melancarkan satu penyiasatan terhadap Israel dan kumpulan pejuang Palestin kerana disyaki melakukan jenayah perang ketika perang Gaza pada tahun 2014.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here