Rejim Zionis teruskan pengeboman walaupun serangan roket sudah berhenti

0
182

GAZA CITY – Rejim Zionis Israel masih meneruskan pengeboman ke atas Gaza walaupun serangan roket pejuang Palestin difahamkan sudah berhenti.

Menurut sumber tentera Israel, kali terakhir serangan roket dilancarkan oleh para pejuang adalah pada pukul 1 pagi (waktu tempatan).

Kenyataan yang dimuat naik di laman web tentera Israel itu turut menyebut, sebanyak 80 buah roket dan bedilan mortar dilancarkan di antara pukul 7 malam hari Rabu hingga 7 pagi hari Khamis.

Sementara itu, menurut agensi berita Wafaa, sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 13 lagi cedera dalam siri pengeboman pesawat rejim Zionis, malam tadi.

Laporan itu menyebut, tentera Israel melancarkan sekurang-kurangnya 30 serangan udara yang menyasarkan jalan dan rumah awam di Gaza City, Jabalia dan Khan Younis.

Antara kerosakan yang dilaporkan termasuk ‘kerosakan teruk’ di Lebuh Raya Saftawi yang menghubungkan Gaza City dengan kawasan di utara wilayah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here