Rentas negeri, daerah dilarang bermula Isnin hadapan sehingga 6 Jun ini – Ismail Sabri

0
241
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Berkuat kuasa Isnin ini sehingga 6 Jun, semua aktiviti rentas negeri dan daerah di seluruh negara tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah tidak dibenarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sepanjang tempoh itu juga aktiviti berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam, adalah tidak dibenarkan.

“Ini termasuk aktiviti rasmi, sosial dan aktiviti bersemuka oleh kerajaan serta swasta.

“Bagaimanapun, keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, bermula Isnin ini juga kerajaan akan menutup semua bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) pula akan ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta merta.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here