Rentas negeri: Misha Omar ‘sound tepek’ orang Kelantan

0
348

CYBERJAYA – Penyanyi popular, Misha Omar membidas kedegilan rakyat Kelantan di perantauan yang masih berusaha merentas negeri untuk pulang berhari raya di kampung.

Misha dalam hantaran di Instagramnya menyifatkan tindakan untuk pulang ke kampung dengan menggunakan pelbagai alasan itu tidak sepatutnya berlaku kerana larangan mengenainya telah diumumkan kerajaan.

Bagaimanapun katanya, ada yang sengaja ‘mencuba nasib’ untuk pulang ke kampung tanpa memikirkan risiko penularan Covid-19 di Negeri Che Siti Wan Kembang itu bahkan langsung tidak memikirkan perkembangan semasa Covid-19 yang semakin serius.

Penyanyi yang berasal dari Kelantan itu berkata, kenyataan beliau ditujukan khas untuk orang Kelantan berikutan laporan berita mendedahkan ratusan kenderaan yang cuba memasuki negeri itu diarahkan berpatah semula, semalam.

“Eh korang ni kenapa degil sangat? “Macam buat tak tahu saja tak boleh rentas negeri dan daerah. Awak ingat awak sorang saja yang rindu ibu bapa?

“Saya pun sama. Setiap hari nangis sambil panggilan video dengan mak di kampung. Tidak takut kah tengok angka kes positif Covid-19 setiap hari tu abang-abang dan kakak-kakak? Geram lahh kita. Cubit nanti.

“Kapsyen ni untuk orang Kelantan saja tau. Orang Kelantan saja faham ni sebab berita ni berkenaan orghey (orang) kapung (kampung) ambo (saya). Jangey (jangan) gitu (begitu). Kito jago kito (kita jaga kita),” katanya dalam luahan yang diterjemah dari loghat Kelantan.

Gambar hiasan

Hantaran yang ditonton sebanyak 22,984 kali itu turut mendapat reaksi daripada artis dari Kelantan seperti Catriona Ross.

“Malu kita tengok berita tadi. Semua gerak balik walaupun kerajaan sudah keluarkan arahan,” komen Catriona.

Dalam laporan media semalam, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sebanyak 500 kenderaan diarahkan berpatah balik sehingga petang kelmarin, ketika melalui tiga sekatan jalan raya utama untuk memasuki negeri ini.

Katanya, selain tiada surat kebenaran rentas negeri, pengguna jalan raya juga memberi alasan yang tidak munasabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here