Ribuan berarak bantah kekejaman Israel di Chicago

0
822
Penunjuk perasaan berarak bagi menunjukkan bantahan terhadap kekejaman Israel di Palestin.

CHICAGO – Ribuan warga kota ini berarak dalam demonstrasi aman semalam bagi membantah ketegangan di antara pihak berkuasa Israel dengan penduduk Palestin yang telah mengorbankan ratusan nyawa ketika ini.

Protes anjuran Komuniti Palestin di Amerika (PCA) itu adalah sebagai sokongan moral kepada rakyat Palestin yang diserang tanpa belas kasihan sejak hujung Ramadan lalu.

Perarakan di Congress Plaza itu turut disertai oleh pelbagai pertubuhan pro-Palestin, persatuan Islam dan kemanusian.

Peserta yang membawa sepanduk menyuarakan bantahan terhadap keganasan Israel di Gaza, Masjid Al-Aqsa dan rancangan pemindahan penduduk Palestin dari Sheikh Jarrah.

Tunjuk perasaan yang disertai oleh masyarakat pelbagai agam itu turut menggesa pentadbiran Amerika Syarikat supaya campur tangan bagi menghentikan keganasan di Palestin.

Penunjuk perasaan berarak di Michigan Avenue.

Penunjuk perasaan yang berarak menuju ke Kedutaan Israel di Michigan Avenue juga menyuarakan kemarahan mereka dan menyifatkan penduduk Palestin didiskriminasi tanpa sebarang pembelaan.

Harapan mereka adalah supaya penindasan itu diredakan bagi mengelak peperangan berskala lebih besar

Sementara itu, Timbalan Presiden Eksekutif Tabung Kesatuan Yahudi di Chicago, Jay Tcath membela tindakan Israel sebagai tindakan balas terhadap pejuang Hamas.

Masyarakat pelbagai agama membantas keganasan Israel di Palestin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here