RM29 juta diperlukan untuk bantuan kecemasan Palestin – WHO

0
94

MESIR – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sekitar AS$7 juta (RM29 juta) diperlukan untuk bantuan kecemasan rakyat Palestin ekoran konflik yang berlaku sejak 10 Mei lalu.

Bantuan itu diperlukan untuk menampung keperluan memulihkan semula fasiliti kesihatan dan kemudahan awam yang musnah dalam serangan Israel.

Usaha itu menurut WHO perlu dilakukan bagi mengelak krisis kesihatan dalam tempoh enam bulan akan datang di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

“Dana itu diperlukan bagi keperluan tindak balas kecemasan dalam tempoh enam bulan akan datang,” kata WHO dalam satu kenyataan berikutan pertempuran yang sehingga kini telah mengorbankan lebih 230 nyawa rakyat Palestin.

Dalam pertempuran terbaharu Israel dengan Palestin itu, banyak kemudahan asas termasuk bangunan kerajaan dan fasiliti kesihatan Palestin musnah dibom oleh rejim Israel.

WHO berkata, dana bantuan itu juga diperlukan untuk pelbagai keperluan rawatan kepada beribu-ribu penduduk Gaza yang cedera dan memerlukan rawatan susulan.

Kemusnahan teruk yang dialami Palestin akibat serangan Israel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here