Roket milik pejuang Hamas gerunkan Israel, mampu menemui sasaran sejauh 120 km

0
10713
Beberapa bangunan di Israel yang musnah teruk selepas dibedil roket milik Hamas A-120

SEJAK semalam, warga maya seluruh dunia tertumpu kepada serangan balas oleh pejuang Palestin terhadap rejim Israel yang telah bertindak ganas terhadap umat Islam yang sedang beribadat di Masjid al-Aqsa.

Paling mencuri tumpuan ialah beberapa keping gambar senjata roket yang digunakan oleh pejuang Palestin untuk menyerang Israel.

Roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin, Hamas dari Gaza itu dikatakan mampu menemui sasaran sejauh 120 kilometer (km).

Senjata itu yang dikenali sebagai A-120 digunakan Hamas untuk melancarkan serangan terhadap negara haram, Israel sejak kelmarin selepas rejim Zionis bertindak ganas menyerang umat Islam yang sedang bersolat di Masjid al-Aqsa.

Difahamkan huruf A pada pangkal nama senjata itu diambil sempena nama Ra’ed al-Attar.

Al-Attar yang merupakan komander Bridget Hamas Rafah maut dalam satu serangan udara oleh rejim Zionis pada 2014.

Beberapa bangunan di Israel yang musnah teruk selepas dibedil roket milik Hamas A-120

Peranan Ra’ed dalam organisasi itu sangat penting kerana beliau berperanan menyeludup masuk senjata menerusi laluan rahsia dari Mesir ke Gaza.

Rafah merupakan lokasi penting kerana terletak bersempadan dengan Mesir.

Kemampuan roket ini menyerang hampir sama dengan roket R-160 yang juga milik Hamas. R-160 pernah menggegarkan Israel dalam peperangan 2014, selepas senjata itu menghentam bahagian utara Israel iaitu berdekatan Haifa.

R pada pangkal nama roket ini diberikan sebagai mengenang bekas komander kanan Hamas, Abdel-Aziz Rantisi yang maut dibunuh Israel pada 2004.

Meskipun Rantisi dan Ra’ed sudah lama mati syahid, semangat perjuangan syuhada ini masih tersemat kukuh dalam jiwa para pejuang Palestin.

Mereka sudah pastinya tidak akan berdiam diri sekiranya rakan sebangsa dan seagama yang tinggal di negara haram Israel yang dahulunya milik Palestin ditindas dan dizalimi.

Buktinya, sejak 18 jam lalu, lebih 345 roket milik pejuang Palestin membedil dan memusnahkan beberapa bangunan dan kawasan di Israel.

Secara purata, setiap tiga minit sebuah roket dilancarkan ke atas negara rejim Zionis itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here