Sabah sekat kemasukan individu dari beberapa negara

0
37
Hajiji Noor

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menguatkuasakan larangan kemasukan individu dari empat negara iaitu Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka sebagai usaha mengekang penularan varian baharu Covid-19.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, langkah itu akan berkuatkuasa esok dengan pengecualian hanya diberikan kepada individu rakyat Sabah, pasangan suami isteri dan anak kepada rakyat Sabah sahaja.

“Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi prosedur kuarantin selama 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu katanya, bagi kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari keempat-empat negara tersebut dalam tempoh 14 hari juga tidak dibenar melakukan prosedur ‘sign off’ di Sabah.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kru kapal rakyat Malaysia dengan syarat wajib menjalani kuarantin selama 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here