Sadaqah Market bantu kumpul dana tampung kos pembedahan adik Arlisa

0
67
Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim bertanya khabar mengenai keadaan semasa adik Nur Arlisa Damya Muhamad Dinnie.

CYBERJAYA- Sebanyak RM14,645 sumbangan berjaya dikumpulkan melalui platform Sadaqah Market untuk menampung kos pembedahan dan perubatan Nur Arlisa Damya Muhamad Dinnie.

Nur Arlisa Damya,3, dijadualkan untuk menjalani pembedahan akibat masalah Displasia Pinggul Bayi (DDH) pada minggu hadapan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Ibunya, Nurul Atikah Mohd. Suhaimi berkata, Nur Arlisa Damya berdepan masalah berkenaan sejak dilahirkan lagi dan pelbagai inisiatif telah diusahakan untuk anak sulungnya itu.

“Nur Arlisa Damya berdepan masalah DDH ini sejak lahir, pada 2019 dia sudah menjalani pembedahan untuk buang tisu dibahagian tulang namun, masih berdepan masalah.

“Pada minggu hadapan, dia dijadualkan untuk menjalani pembedahan untuk potong tulang dan beberapa prosedur lain,” katanya ketika ditemui Malakat tribune hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Abdul Salam Zulkarnain

Terdahulu Nurul Atikah ke Malakat Mall untuk menerima sumbangan bagi menampung kos pembedahan sebanyak  RM14, 645 yang dikumpulkan melalui platform Sadakah Market.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Abdul Salam Zulkarnain dan disaksikan oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim.

Mengulas bagaimana tersenarai di Sadaqah Market, Nurul Atikah berkata, inisiatif Malakat Eco itu dimaklumkan oleh rakan-rakan sekerjanya di Brainy Bunch cawangan Wangsa Maju. 

“Saya menyertai kempen untuk mengumpul dana bagi menampung kos pembedahan ini pada Rabu lalu, tidak sangka pula dana berjaya dikumpulkan dalam masa yang singkat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here