Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ditangguhkan

0
38
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ditangguhkan ke satu tarikh lain kelak

CYBERJAYA – Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong bulan depan ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, kesemua acara itu akan ditangguhkan ke satu tarikh lain kelak.

“Ini merupakan kali kedua acara sempena
Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ditangguhkan.

“Pada tahun lalu semua acara juga ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, meskipun tiada sebarang sambutan, tarikh 7 Jun depan tetap diisytiharkan sebagai hari kelepasan am atau cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here