[VIDEO] Selangor tolak lock down, kilang dan industri perlu dilindungi – Dr Dzulkefly

0
788
Dr Dzulkefly Ahmad

CYBERJAYA – Kerajaan negeri Selangor menolak hasrat kerajaan pusat untuk melaksanakan ‘lock down’ sepenuhnya kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap sektor ekonomi di negeri itu.

Pengerusi Selangor Task Force Covid-19, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelaksanaan lock down semata-mata tidak mencukupi kerana kerajaan perlu melakukan strategi lain untuk melawan wabak Covid-19.

Selangor tolak total lockdwon

“Andainya kita lock down semata-mata, ia tidak mencukupi, kita kena buat ujian saringan besar-besaran dan memberi vaksin.

“Ia juga tidak timbul isu imuniti kelompok sebab ia tahun depan baru berlaku, kalau kita tahu di mana penularan wabak ini, kita kepung, ini tindakan paling cekap dan berkesan.

“Selangor sebagai negeri yang menyumbang 25 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) kita mesti melindungi kilang-kilang dan industri kita kerana ini merupakan sumbangan KDNK kepada negara. Bayangkan kalau kita nak lock down semudah-mudah, kita kena ambil kira kesan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas Covid-19 Selangor bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud yang disiarkan secara langsung dalam laman Facebook hari ini.

Dr Siti Mariah

Dalam pada itu, Dr Siti Mariah berkata, beliau juga menerima rungutan daripada ramai penduduk yang rata-ratanya tidak setuju lock down sepenuhnya dilaksanakan sekarang kerana akan menyusahkan rakyat.

Katanya, kerajaan perlu memikirkan strategi baharu dalam melawan wabak tersebut antaranya dengan mendahulukan petugas barisan hadapan dalam pemberian vaksin.

“Kesan kepada peniaga kecil, saya didatangi mereka yang merayu jangan sekali lagi lock down, nanti kami nak makan apa, kami setakat hari-hari di Selangor boleh sediakan makanan tapi tak kan hari-hari hendak bagi nasi dan sardin. Rakyat perlu bekerja dan mereka tidak mahu perkara ini berlaku untuk berapa minggu lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Siti Mariah turut meluahkan kekecewaan kerana kadar pemberian vaksin di Selangor sangat rendah berbanding negeri lain.

Beliau berkata, sebagai negeri yang mempunyai ramai penduduk dan ekonomi utama dalam negara, kerajaan sepatutnya menyediakan vaksin mencukupi untuk rakyat di negeri ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here