Selepas kena ‘tegur’ dengan putera Agong, Sri Pahang kembali tersedar dari lamunan

0
109
Antara aksi antara Sri Pahang FC menentang UiTM yang berkesudahan dengan keputusan 5-0

CYBERJAYA – Sehari selepas ditegur oleh
putera Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berikutan prestasi hambar pasukan Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super musim ini, skuad Tok Gajah itu bangkit semula dengan menjadikan UiTM FC sebagai mangsa amukan mereka.

Dalam aksi yang berlangsung di laman sendiri, Sri Pahang FC menamatkan kemarau kemenangan apabila membelasah UiTM FC 5-0 pada perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super, sebentar tadi.

Tuan rumah bermula garang apabila berjaya menjaringkan gol pembukaan seawal minit pertama hasil jaringan pemain import, Lee Tuck.

Pada minit ke-34, penyerang import, Pedro Henrique menjaringkan gol kedua selepas menewaskan penjaga gol UiTM, Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri.

Selang empat minit kemudian, UiTM yang berpeluang merapatkan gol, gagal menjaringkan gol menerusi sepakan penalti.

Bersambung babak kedua, Sri Pahang FC terus mengganas dengan Muhamad Baqiuddin Shamsudin dan Herold Goulon, masing-masing menjaringkan gol ketiga dan keempat pada minit ke-66 dan 70.

Dua minit kemudian, pemain tengah UiTM, Muhammad Fahmi Mohd Rizam menjaringkan gol sendiri sekali gus menghadiahkan gol kelima buat Sri Pahang FC.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here