Selepas ketenteraan, Israel kini berperang di ruang siber

0
1030
Israel kini memulakan serangan udara ke atas kawasan penduduk Palestin.

TEL AVIV – Ketika serangan ke atas penduduk Palestin dipertingkatkan melalui udara dan jalan darat, negara haram Israel terus rancak memainkan propaganda sebagai ‘mangsa’ bagi meraih sokongan negara Barat.

Propaganda yang dimainkan di ruang siber itu jelas membuktikan betapa terdesaknya kerajaan pengganas Israel untuk tampil tidak bersalah di mata dunia.

Pengkongsian video di Facebook dan Twitter menggunakan pelbagai hashtag antaranya #IsraelUnderAttack rancak memaparkan ketakutan di alami penduduk Israel.

Bagaimanapun perang psikologi Israel itu ditangkis mudah oleh nitizen dari seluruh dunia yang mahu rejim itu membandingkan situasi yang berlaku di sebelah Palestin.

“Berhentilah berlagak seperti anda adalah mangsa. Dunia tidak perlu ke Israel untuk menyaksikan kekejaman kamu,” tulis penyokong Palestin di laman Facebook ILTV.

Terbaharu, serangan Israel ke atas penduduk Palestin telah mengorbankan 137 nyawa dan mencederakan ribuan penduduk menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Israel semalam melancarkan serangan ke arah terowong bawah tanah milik Hamas yang terletak di kawasan awam.

Di pihak Palestin pula, media melaporkan sekurang-kurangnya 2,000 roket dilancarkan ke arah Israel sejak Isnin yang membunuh sembilan orang.

Sementara itu, pertempuran kini merebak antara penduduk Palestin dan Israel yang menyaksikan pihak berkuasa Israel bertindak memihak kepada penduduknya dengan melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah kepada rakyat Palestin.

Paparan media Israel yang cuba menunjukkan negara haram mereka kini diserang bertalu-talu oleh pejuang Hamas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here