Selesa berbelanja, tidak perlu bersesak di Malakat Mall

0
117
Pelanggan berbelanja dalam keadaan selesa di Malakat Grocer, Malakat Mall, Cyberjaya.

CYBERJAYA – Bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 yang semakin memuncak, pilihan orang ramai untuk membeli-belah kini tertumpu kepada premis-premis runcit yang kurang sesak.

Tinjauan portal ini di Malakat Mall, Cyberjaya hari ini mendapati ramai yang berpendapat tiada lagi keperluan untuk berkunjung ke pusat-pusat membeli-belah besar gergasi yang dipenuhi pengunjung.

Pengunjung, Ainil Huda Ismail, berkata, sejak penularan Covid-19 semakin meningkat, dia memilih Malakat Mall atas faktor keselesaan.

Katanya, selain mematuhi had pergerakan dalam daerah, dia memilih pusat beli belah itu sebagai ‘one stop centre’ untuk mendapatkan barang-barang keperluan harian.

“Pertama sekali saya memilih Malakat Mall sebab kemudahan yang disediakan. Tempat parkir selalu tak penuh, naik sahaja lif terus boleh shopping.

“Kemudian kat sini saya tak perlu beratur panjang di kaunter, orang pun tidak terlalu ramai, kalau sibuk sikit mungkin di kaunter ayam dan daging.

“Ssejak mall ini dibuka, saya juga tengok pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) tiada masalah,” kata kakitangan awam dari Dengkil itu.

Selain itu katanya, Malakat Mall juga dilengkapi kemudahan penting seperti mesin pengeluaran wang (ATM), surau, tandas, farmasi dan banyak restoran.

Ainil Huda Ismail
Amriel Abd. Roni

Pengunjung dari Cyberjaya, Amriel Abd. Roni, 40, berkata, dia biasanya datang pada hari bekerja terutama pada sebelah pagi untuk mendapatkan barang-barang basah seperti, ayam, daging dan sayur yang segar dan agak sukar dicari di tempat lain.

“Saya memang mengelak untuk ke pasar tani sebab sesak, tapi barang-barang di sini juga segar dan harga pun tidak jauh beza.

“Untuk keperluan barang dapur, saya datang ke sini dua kali seminggu.

“Selain itu, saya juga kerap ke kedai mainan (MalakatToys) untuk beli mainan anak-anak dan peralatan sekolah (Conteng) mereka,” katanya.

Rusli Ali

Bagi pesara kakitangan awam, Rusli Ali, 58, dia memilih Malakat Mall sebagai sokongan kepada kempen Buy Muslim First (BMF) kerana pusat beli belah itu menawarkan banyak produk-produk keluaran usahawan Islam.

Selain berbelanja untuk keperluan keluarga katanya, kunjungan tiga kali seminggu di situ juga adalah untuk membeli barang bagi tujuan infaq kepada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz.

“Kali ini kami datang beli barang sumbangan untuk Baitul Uffah di Seri Kembangan. Pembelian barang sumbangan pada setiap hujung bulan ini biasanya saya buat sebelum hari Jumaat.

“Orang ramai yang berhajat untuk menyertai sumbangan infaq ini boleh hubungi saya di Facebook Rusli Ali atau hubungi saya di talian 013-6611340” katanya yang merupakan salah seorang pembekal produk di Malakat Mall.

Malakat Grocer menawarkan kira-kira 1,500 produk keluaran usahawan Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here