Seorang lagi rakyat Israel maut ketika cuba lari daripada serangan udara Hamas

0
2002
Beberapa kenderaan dan premis di Ashkelon rosak teruk selepas diserang oleh pejuang Palestin awal pagi tadi

ASHDOD – Seorang lagi rakyat Israel maut selepas mengalami kecederaan ketika cuba mencari tempat perlindungan daripada serangan roket pejuang Palestin, di sini semalam.

Wanita berusia 87 tahun itu merupakan mangsa terbaharu melibatkan rakyat Israel sejak pejuang Palestin melancarkan serangan ke atas rejim Zionis pada Isnin lalu.

Memetik laporan media tempatan, dalam serangan berterusan oleh pejuang Palestin itu juga, seorang lelaki mengalami kecederaan parah di Ashkelon.

Dalam pada itu, tular satu video detik-detik serangan roket oleh pejuang Palestin yang mengenai beberapa kenderaan di wilayah Ashkelon awal pagi tadi.

Sementara itu, menurut Magen David Adom, sejak pejuang Palestin melancarkan serangan sekurang-kurangnya 500 rakyat Israel cedera dan tujuh orang terbunuh.

Daripada jumlah yang cedera itu, kira-kira 400 orang cedera akibat serangan roket manakala selebihnya cedera akibat pertembungan antara penduduk Arab dan Yahudi di Israel.

Sementara itu, semalam Hamas meningkatkan lagi serangan ke atas rejim Zionis termasuk menyasarkan Lapangan Terbang Ramon yang terletak sejauh 220 kilomter (km) dari Gaza dengan menggunakan peluru berpandu 250 Ayyash.

Walaubagaimanapun, roket berkenaan jatuh di wilayah Hevel Eilot yang terletak di selatan Negev dan tiada kecederaan dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here