Seorang lelaki Lubnan maut ditembak ketika cuba merempuh masuk sempadan Israel

0
942
Sekumpulan lelaki warga Lubnan cuba merempuh masuk sempadan Israel semalam

BEIRUT – Seorang lelaki warga Lubnan maut ditembak oleh tentera rejim Zionis selepas dia bersama sekumpulan lelaki cuba melintasi sempadan antara Israel dan Lubnan.

Memetik laporan Aljazeera, menurut Pejabat Presiden Michel Aoun dalam satu kenyataan, mangsa, Mohammad Tahhan, 21, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Marjayoun, Lubnan.

Sehubungan itu, pihaknya telah mengeluarkan kenyataan mengutuk jenayah yang dilakukan oleh tentera Israel itu.

Pada masa sama, katanya, pihaknya juga telah memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.

Petang semalam waktu tempatan, sekumpulan pemuda warga Jordan berketurunan Palestin cuba merempuh masuk sempadan Israel.

Tentera Israel yang berkawal di kawasan itu kemudiannya bertindak kejam dengan melepaskan tembakan peluru hidup ke arah kumpulan itu.

Difahamkan, tentera Jordan yang berada di lokasi turut melepaskan tembakan bagi melindungi mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here