Serangan akan berlanjutan berbulan-bulan – Israel

0
410
Serangan pengganas rejim Zionis yang kini mengorbankan lebih 200 penduduk Palestin.

TEL AVIV – Pihak berkuasa Israel berikrar akan meneruskan serangan ke atas penduduk Palestin untuk satu tempoh yang lebih lama dan menolak sebarang usaha gencatan senjata.

Kenyataan angkuh daripada pegawai kanan Israel itu dibuat tanpa menghiraukan angka kematian penduduk Palestin yang kini sudah melebih 200 orang.

Menurut pegawai terbabit, serangan ke atas Gaza akan tidak mungkin akan berakhir dalam masa terdekat sebagai balasan ke atas serangan pejuang Hamas.

“Kami tidak mempunyai pelan untuk rundingan buat masa ini dan tiada apa-apa yang dibincangkan. Kami akan teruskan serangan selama berbulan-bulan lagi,” katanya.

Dan sekiranya wujud peluang gencatan dilakukan, Israel hanya mengharapkan Mesir sebagai ‘orang tengah’ kerana berkongsi sempadan dengan Palestin.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sebelum ini menggesa Perdana Menteri Negara Haram Israel, Benjamin Netanyahu menghentikan serangan ke atas Palestin namun menolak untuk bersama pemimpin dunia lain dalam desakan itu.

Biden dalam kenyataannya bagaimanapun tetap menyokong Israel membedil Gaza sebagai tindakan mempertahankan diri.

Tayyip Erdogan

Sementara itu, Presiden Turki, Tayyip Erdogan mengecam Barat kerana membisu terhadap jenayah perang yang dilakukan Israel.

Erdogan pada minggu lalu menghubungi pemimpin-pemimpin dunia bagi meminta tindakan tegas diambil ke atas Israel dan mengutuk penjualan aset ketenteraan oleh AS kepada Israel.

“Anda menulis sejarah dengan tangan berdarah dalam insiden di Gaza yang menyebabkan kematian ratusan ribu orang,” katanya.

Pentadbiran Biden semalam meluluskan kontrak penjualan peluru berpandu ketepatan tinggi bernilai AS$735 juta kepada Israel, menurut sumber kongres.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here