Serpihan roket Long March jatuh berhampiran Kepulauan Maldives

0
194

SYDNEY – Serpihan roket Long March 5B milik China dilaporkan jatuh di kawasan Lautan Hindi, hari ini.

Menurut Reuters, sebahagian komponen roket itu musnah ketika memasuki atmosfera dengan serpihan utamanya jatuh pada koordinat longitud 72.47 darjah timur dan lalitud 2.65 darjah utara pada jam 10.24 pagi waktu Beijing.

Perkara itu didedahkan oleh media milik kerajaan China yang memetik Pejabat Kejuruteraan Angkasa negara tersebut.

Difahamkan, lokasi koordinat yang dinyatakan itu merujuk kepada kawasan lautan di timur kepulauan Maldives.

Long March yang dilancarkan pada minggu lalu merupakan pelancaran kedua sejak pelancaran pertama pada Mei 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here