Sidang akhbar bersama Ismail Sabri dan Dr. Noor Hisham petang ini

0
89
Datuk Seri Isamil Sabri Yaakob dan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adakan sidang sidang akhbar bersama petang ini

CYBERJAYA – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Isamil Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan mengadakan sidang akhbar secara bersama pada pukul 5 petang ini.

Sidang akhbar berkenaan akan menjadi tumpuan ramai kerana dipercayai mereka berdua akan memperincikan prosedur operasi standard (SOP) dan sekatan lebih ketat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. 

Difahamkan, langkah berkenaan terpaksa diambil selepas negara sekali lagi berdepan lonjakan kes Covid-19 yang mendadak sehingga mencecah 6,000 kes baharu setiap hari sekali gus menimbulkan kegusaran masyarakat.

Semalam, Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan Covid-19 bersetuju untuk mengetatkan lagi pelaksanaan PKP3.0 termasuk SOP yang lebih ketat terhadap sektor ekonomi serta sosial.

Menurut laporan Bernama, sidang akhbar bersama Ismail Sabri dan Dr. Noor Hisham itu akan disiarkan secara langsung Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE FB dan Youtube Bernama TV.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here