‘Sila serah diri dengan cara baik dan bijak’

0
629
ABD. JALIL

KUANTAN – “Tolong nasihat mereka pergi ujian calit, kadang-kadang mereka lari ke rumah kawan atau saudara, pesanlah kepada mereka.

“Nanti merebak lagi, jadi tolong nasihat bahawa polis tidak mengambil sebarang tindakan. Namun demikian, sila serah diri dengan cara baik dan bijak dengan menjalani ujian calit.”

Demikian nasihat Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan kepada penduduk Tanah Putih yang dikenal pasti ‘melarikan diri’ dari kawasan penempatan itu sebelum sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan 5 Mei lalu.

Difahamkan, antara 180 hingga 200 penduduk dipercayai telah meninggalkan penempatan itu dengan lebih awal, kata portal MalaysiaGazette.

Berikutan itu, pihak berkuasa percaya, tindakan tidak bertanggung jawab itu boleh menyebabkan kes kluster Tanah Putih merebak keluar.

“Orang Kuantan ini rasa hebat dah menang menentang Covid-19, maka dengan menganggap Kuantan dah menang, jadi berayalah raya kali kedua dalam PKP.

“PKP tertumpu hanya daerah Kuantan kerana peningkatan kes mendadak terlalu cepat, dari Tanah Putih dan telah merebak ke tempat lain kerana mereka keluar awal ke tempat lain,” kata Abdul Jalil dihubungi MalaysiaGazette.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here