Sindir Nilai: Akaun FB N9 Radar disiasat polis kerana timbulkan kegentaran awam

0
10841
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Gara-gara memuatnaik satu hantaran berbaur sindiran mengenai Nilai, sebuah akaun Facebook bernama N9 Radar disiasat oleh polis kerana menyebabkan kegentaran awam.

Menurut Ketua Polis Nilai, Supt. Mohd Fazley Ab Rahman, siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan menyebabkan kegentaran awam.

Pada masa sama, katanya, siasatan juga akan dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, perkhidmatan.

“Pihak PDRM menegaskan bahawa Nilai 3 merupakan kawasan di bawah pentadbiran ibu pejabat polis daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak dalam Selangor.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik akaun Facebook Radar N9 boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tangkap layar hantaran laman FB akaun tersebut

Laman Facebook tersebut membuat satu hantaran berbunyi : ‘Maaf bertanya..kaki saya sekarang betul2 kat sempadan Nilai 3. Selangkah je lagi saya begerak sampai la Nilai 3..soalan saya harus kah saya ke balai mintak izin untuk rentas negeri? Risau, sebab selangkah je lagi nak sampai Selangor ni..saya buntu! Tolong saya kawan-kawan.

Sehubungan itu, Mohd Fazley meminta pemilik akaun Facebook tersebut hadir ke IPD Nilai untuk memberikan keterangan.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau berkongsi berita yang tidak benar dalam media sosial.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here