Sistem permohonan rentas negeri akan dikemaskini, elakkan pemalsuan dokumen

0
79
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Sistem permohonan rentas negeri akan dikemaskini bagi mengelakkan pemalsuan dokumen pada masa akan datang.

Bernama melaporkan, langkah ini berikutan PDRM telah mengesan beberapa taktik pemalsuan dokumen rentas negeri sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini.

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah baik sistem yang sedia ada kerana orang awam akan sentiasa mencuba untuk mengatasi sistem rentas negeri yang ada sekarang.

“PDRM akan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki sistem yang sedia ada ini (permohonan rentas negeri) bagi mengelakkan ia berterusan berlaku.

Acryl Sani menambah, PDRM memahami adalah menjadi lumrah orang awam untuk melakukan perkara sedemikian (memalsukan dokumen) tetapi adalah menjadi tugas pihaknya untuk berusaha mengatasi sebarang kelemahan yang ada.

Beliau berkatya demikian kepada pemberita selepas menyertai lawatan dan sumbangan raya Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Plaza Tol USJ, malam tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here