SJR di seluruh negara ditambah, dengan kekuatan 70,000 anggota penguatkuasa

0
75
Datuk Seri Hamzah Zainudin

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menambah sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara daripada 600 kepada lebih 800, bermula hari pertama lockdown penuh Selasa depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pemeriksaan mengejut juga akan dilaksanakan pasukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bersama beberapa agensi bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Pemeriksaan mengejut itu akan dilakukan di seluruh negara, termasuk di kawasan luar bandar,” katanya dalam sidang akhbar khas yang disiarkan secara langsung secara atas talian hari ini.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, kira-kira 70,000 anggota polis dan agensi bawah KDN juga akan ditugaskan sepanjang tempoh terbabit.

Beliau berkata, ia merangkumi sebanyak kekuatan 37,000 anggota polis yang ada ketika ini dan tambahan 18,000 anggota lagi.

Pada masa sama, beliau berkata, sepanjang tempoh itu cuti semua anggota penguatkuasa juga dibekukan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here