SPRM tahan Tajuddin, siasat campur tangan operasi Prasarana

0
1023
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

CYBERJAYA- Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Menurut laporan TheVibes, Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM selepas dipanggil memberi keterangan.

Tajuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak bagaimanapun dipercayai telah dibebaskan badan siasatan itu.

Tajuddin ditahan ekoran tuduhan dua kes salah guna kuasa.

Butiran pertuduhan tidak lagi diperolehi dan ia dipercayai berkaitan dengan campur tangan Tajuddin dalam urusan operasi Prasarana.

Pada hari juga, Harian Metro melaporkan Tajuddin hadir ke SPRM bagi keterangan berhubung siasatan menggunakan kedudukannya melantik menantunya memegang jawatan di dalam Prasarana.

Difahamkan, siasataan dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menamatkan perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa serta-merta.

Jurucakap Kementerian Kewangan berkata, penamatan perkhidmatan itu sudah dipersetujui oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here